Latar belakang sistem pendidikan China
Latar belakang sistem pendidikan China
• Pendidikan amat
penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati
golongan intelektual.
• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan
seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan
pondok.
• Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.
• Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
• Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
• Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk
menghadapi peperiksaan kerajaan.
• Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan
pegawai kerajaan.
• Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi
ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi
dan daerah.
• Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan
imperial telah ditubuhkan.
• Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah
ditubuhkan pada peringkat pusat.
• Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
• Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
• Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.
Comments
Post a Comment