Posts

Showing posts from April, 2021

Latar belakang sistem pendidikan China

Image
  Latar belakang sistem pendidikan China • Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual. • Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok. • Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah. • Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun. • Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah. • Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. • Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan. • Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah. • Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan. • Pada zaman Dinas...

Dasar pendidikan di China

Image
Dasar pendidikan di China : Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.  Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan  doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.  Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan  awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan. Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama  di Bandar . Diadakan  dua kali dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima i...

Matlamat sistem pendidikan tamadun China

Image
  Matlamat sistem pendidikan tamadun China  1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara • Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara. • Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan. • Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. • Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry). • Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya. 2. Peperiksaan awam • Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan. • Ti...

Kesimpulan

Image
KESIMPULAN 1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. 2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial).

Kuiz

Image
  Kuiz 1) Siapakah Konfocius 2) Pada zaman Dinasti Qin, apakah aspek pendidikan yang ditekankan 3) Siapakah yang menyeragamkan sistem tulisan 4) Melalui pendidikan, negara boleh ditadbir dengan 5) Dari segi kedudukan sosial, seseorang yang terpelajar akan berada pada 6) Apakah matlamat sistem pendidikan Tamadun China Jawapan : 1) ahli falsafah 2) pemahaman perundangan 3) Maharaja Shi HuangDi 4) Cekap dan berkesan 5) Hierarki teratas 6) Lulus peperiksaan perkhidmatan awam