Latar belakang sistem pendidikan China
Latar belakang sistem pendidikan China • Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual. • Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok. • Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah. • Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun. • Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah. • Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. • Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan. • Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah. • Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan. • Pada zaman Dinas...